Monday, January 31, 2011

Mantan isteri Ariel akan kahwin

ARKIB : 08/03/2009 Utusan Online

Mantan isteri Ariel akan kahwin

SARAH Amalia mantan isteri Ariel akan menamatkan zaman jandanya pada 14 Mac 2009 akan datang. Sarah Amalia nampaknya ingin mendahului Ariel yang kini hangat dikatakan ada hubungan dengan Luna Maya. Lelaki pilihan Sarah ialah Herlambang Wibisono alias Sony.
Sony sebenarnya telah lama dikaitkan dengan Sarah iaitu semenjak hubungan Sarah dan Ariel bermasalah kerana dikatakan wujudnya orang ketiga iaitu Luna Maya. Di saat inilah Sony hadir untuk menjadi penawar luka di hati Sarah.
Biarpun selama ini Sarah menafikan hubungannya dengan Sony, kini segalanya telah terbukti dan mereka akan disatukan tidak lama lagi.
Ariel agak terkejut dengan berita ini. Namun dia sempat mengucapkan tahniah atas berita yang baru sahaja didengarnya. Ariel menyatakan dia akan bertemu Sarah untuk membincangkan tentang masa depan anak tunggal mereka iaitu Allea Anata.

No comments:

Post a Comment