Monday, January 31, 2011

Ariel jadi rebutan

 ARKIB : 15/02/2009 Utusan Online

Ariel jadi rebutan

ARIEL Peterpan baru sahaja bercerai dengan isterinya Sarah Amelia tetapi duda kacak ini mula dirapati oleh dua wanita jelita, Luna Maya dan Aura Kasih. Sejauh mana khabar ini benar? Kedua-dua wanita ini menafikan hubungan mereka denagan Ariel.
Luna pernah dikaitkan menjadi punca keretakan rumahtangga Ariel dan Sarah, malah Luna juga digosipkan telah bernikah dengan Ariel. Akibat pernyataan tersebut Luna berasa begitu tertekan dan menafikan sekeras-kerasnya tentang pernikahan tersebut.
Aura kasih mula dikaitkan dengan Ariel apabila Ariel menumpang teksi yang dinaiki oleh Aura untuk pulang ke rumah selepas menghadiri satu acara. Menurut Aura, mereka tiada sebarang hubungan dan mereka juga tidak berdua-duaan dalam teksi tersebut malah ditemani oleh pengurus masing-masing.
Kini Luna dan Aura digandingkan dalam satu filem yang berjodol Asmara Dua Diana yang kisahnya hampir sama dengan realiti kehidupan mereka iaitu mencintai lelaki yang sama. Kedua-dua mereka juga menafikan mereka berperang dingin kerana seorang lelaki bernama Ariel.

No comments:

Post a Comment