Monday, January 31, 2011

Aksi Seks Video Ariel Peterpan dengan Luna Maya dan Cut Tari

ARKIB : 13/06/2010 Utusan Online

Lokasi muat naik video ditemui

JAKARTA 12 Jun – Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kebangsaan memberitahu, mereka berjaya mengesan lokasi di mana pihak tertentu memuat naik video yang didakwa memaparkan aksi seks vokalis kumpulan Peterpan, Ariel bersama kekasihnya, Luna Maya dan bekas teman wanitanya, Cut Tari.
Ketua Detektif Polis Kebangsaan, Ito Sumardi menjelaskan kepada kompas.com bahawa video-video itu dimuat naik ke Internet dari lokasi-lokasi di Jawa Barat dan Sulawesi Tenggara.
Ito berkata, langkah polis seterusnya adalah untuk memburu mereka yang memuat naik video berkenaan.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat mendakwa berjaya mengenal pasti komputer-komputer yang digunakan untuk memuat naik video seks tersebut.
Jurucakap kementerian, Gatot S. Dewa Broto berkata, alamat protokol Internet (IP) itu dimiliki individu pertama yang memuat naik dua video seks.
Video seks pertama memaparkan Ariel dan kekasihnya, model serta penyampai televisyen Luna Maya, sementara video kedua menyaksikan aksi seks Ariel dengan bekas kekasihnya yang juga seorang model, Cut Tari.
Gatot bagaimanapun tidak menyatakan sama ada alamat IP itu milik individu atau pihak lain. – Agensi

No comments:

Post a Comment