Monday, January 31, 2011

Cut Tari pasrah siasatan kes skandal video seks download Peterporn

ARKIB : 30/06/2010 Utusan Online

Cut Tari pasrah siasatan kes skandal video seks Peterporn

JAKARTA 29 Jun - Pengacara Cut Tari yang didakwa terlibat dalam skandal video seks dengan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel berkata, dia bersedia dan pasrah sekiranya ditahan polis.
Dengan berkali-kali menegaskan bahawa individu dalam video tersebut bukan dirinya, model tersebut berkata, dia menyerahkan proses siasatan sepenuhnya kepada polis.
''Suaminya juga bersedia dengan keadaan itu. Jika ditahan, aktres itu pasrah, begitu juga sebaliknya. Malah, keluarga selebriti itu juga bersedia.
"Suami Cut Tari, Johannes Joesoef Subrata berkata, sekali pun keputusan yang akan diketahui kelak tidak berpihak kepadanya, polis mengetahui mana yang betul dan salah," kata sumber polis ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Jakarta.
Aktres itu didakwa terlibat dalam skandal tersebut kerana perempuan di dalam video berkenaan mirip dirinya, namun dia berkali-kali menafikan dakwaan terbabit.
Sementara itu, Ariel yang dinamakan sebagai suspek kes berkenaan kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Jakarta.
Polis hari ini meneruskan soal-siasat ke atas Cut Tari dan seorang lagi selebriti wanita, Luna Maya yang turut didakwa terlibat dalam video seks berasingan dengan Ariel.
Pagi ini, Cut Tari yang ditemani suami dilihat tiba di ibu pejabat polis tersebut.
Menurut sumber polis, aktres itu boleh dinamakan sebagai suspek sekiranya semua bukti diperolehi, tetapi sehingga kini dia hanya dinamakan sebagai saksi.
- Agensi

No comments:

Post a Comment