Monday, January 31, 2011

Luna akan menikah bila usia cecah 30

ARKIB : 13/04/2008 Utusan Online

Luna akan menikah bila usia cecah 30

SETELAH digosipkan mempuyai hubungan dengan penyanyi Ariel (Peterpan), pelakon jelita Luna Maya digosipkan pula dengan Bambang Tri, anak bekas Presiden Suharto.
Luna yang tidak dapat menahan kemarahan dengan khabar-khabar tidak rasmi tersebut terus menafikannya kepada pihak media.
Katanya, dia tidak kenal dengan Bambang, suami kepada Mayang Sari dan Halimah yang sedang heboh dengan tuntutan perceraian, harta dan anak.
Pelakon filem Jakarta Undercover, Love dan Pesan dari Syurga itu juga menafikan dia menjadi punca perceraian Ariel dan Sarah Amalia.
Kata Luna, dia hanya akan menikah apabila usianya mencecah 30 tahun.
Menurut pelakon kelahiran Bali itu, dia tidak mahu gosip yang dikaitkan dengan dirinya mengganggu urusan bisnes yang diceburinya sekarang.
Sekarang Luna belum berpunya dan lelaki idamannya ialah mereka yang memahami kerjayanya dan pintar.

No comments:

Post a Comment