Monday, January 31, 2011

Adengan Seks Hangat BCL bersama Ariel?

ARKIB : 04/07/2010 Utusan Online

BCL pula dikaitkan dengan Ariel

DUNIA hiburan Indonesia belum reda dengan isu video seks vokalis band Peterpan, Ariel yang diberi gelaran sebagai Peterporn.
Selepas kisah tiga watak
yang mirip Ariel dan Luna Maya dalam satu video dan di dalam video berasingan Ariel dengan wanita mirip Cut Tari melakukan adegan seks, kini Ariel yang dilabel sebagai flamboyan itu cuba dikaitkan dengan sejumlah artis wanita lain.
Antara yang menjadi perbualan hangat ialah Bunga Citra Lestari (BCL) yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan Ariel sebelum berkahwin dengan Ashraf Sinclair.

Ketika siasatan polis masih berjalan terhadap Ariel yang menjadi suspek dan pemeriksaan kali kedua terhadap Cut Tari dan Luna Maya, masyarakat mula membuat pelbagai andaian dan gossip.
Timbalan Pegawai Perhubungan Awam Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis tidak menafikan skop siasatan kes artis dari Manado, Sulawesi Utara itu sedang diperluaskan.
“Saat ini masih tetap suspeknya ialah Ariel, yang lain masih saksi,” ungkap Zainuri.
Saat didesak mengenai BCL, Zainuri menyatakan setakat ini polis belum memanggil BCL, kerana jika ditemui bukti baru ia akan disiasat dan dianalisa terlebih dahulu.
“Kalau ada gambar tersebut (BCL) harus ada penyelidikan dulu. Setiap ada maklumat tindakan pertama adalah penyelidikan dulu. Nanti akan kita lihat apakah ada tindakan lainnya berupa pemanggilan dan lain-lain,” jelasnya.
Bagaimanapun pengurus BCL, Dody menafikan terdapat video seks Ariel dengan BCL yang dikatakan kini beredar di Manado.
“Itu fitnah, BCL tidak rapat dengan Ariel. Dia hanya sekadar rakan sekerja saja. Itu fitnah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab,” tegas Dody.
Dalam pada itu, seorang peguam ternama di Indonesia, Farhat Abbas menyatakan, Luna Maya menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah Ariel.
“Luna adalah mangsa, mangsa daripada otak kriminal Ariel. Ternyata Ariel melakukan tidak hanya sama Luna. Tujuannya untuk apa? Kalau untuk dokumentasi peribadi kenapa tidak dengan teman wanita atau isterinya sendiri, tapi kenapa dengan isteri orang?” kata Farhat.
Farhat menyarankan agar vokalis flamboyan itu segera bertaubat dan menjalani proses siasatan yang berlangsung.
“Dianggarkan ada 29 gambar, hanya Ariel yang tahu. Tapi sampai kiamat pun Ariel tidak akan mengaku kerana dia fikir kalau mengaku dia akan rosak. Dia mahu biar masyarakat berfikir bahawa dia adalah mangsa. Akui saja, taubat dan jalani prosesnya,” kata Farhat.
Lebih lanjut, Farhat pun mengimbau pada semua artis yang pernah merakam video porno dengan Ariel agar segera mengaku dan meminta perlindungan undang-undang.
“Kita harap para artis yang pernah merakam video porno dengan Ariel, lebih baik mengaku dan meminta
perlindungan undang-undang kepada polis,” katanya.

No comments:

Post a Comment