Monday, January 31, 2011

Luna Maya naik angin

ARKIB : 15/06/2008 Utusan Online

Luna Maya naik angin

SELEPAS digosipkan bercinta dengan Ariel, vokalis kumpulan Peterpan, pelakon Luna Maya naik berang sekali lagi. Luna marah kerana namanya antara artis yang turut disebut dalam berita berjudul Harga Booking Artis-Artis Jual Diri oleh sebuah majalah lelaki yang baru diterbitkan.
Pelakon itu bersedia untuk mendakwa majalah itu kerana telah mencemarkan nama baiknya.
Majalah itu tidak pernah mewawancaranya dan Luna menganggap cerita yang membabitkan dirinya sebagai antara artis yang menjual diri, sudah keterlaluan.
“Mulanya saya mahu membiarkan saja cerita itu,” kata Luna yang mendesak majalah berkenaan memohon maaf atau menghadapi tindakan undang-undang.
Dalam memeriahkan kejohanan pesta bola sepak Eropah (Euro 2008) sekarang, Luna Maya bersama Sandra Dewi dan Dewi Sandra (DS) turut terlibat dalam klip video berjudul Play.

No comments:

Post a Comment