Monday, January 31, 2011

Babitkan penyanyi Peterpan, Ariel dan teman wanitanya Skandal video seks

ARKIB : 15/06/2010 Utusan Online

JAKARTA 14 Jun - Indonesia sedang bergelut dengan skandal seks pertama melibatkan selebriti terkenal yang menyebabkan rakyatnya tidak mengendahkan peraturan menghalang segala bentuk aktiviti video lucah.
Warga Indonesia dikatakan menggunakan komputer pejabat dan juga telefon bimbit untuk menonton aksi seks seorang artis pujaan ramai bersama dua teman wanitanya.
Cerita tentang skandal itu juga dijadikan tajuk utama berita selain menguasai ruangan sembang di internet serta laman web sosial, facebook dan Twitter.

Baru-baru ini, polis mahu mendakwa selebriti terbabit di bawah undang-undang anti-pornografi yang boleh menyebabkan mereka dipenjara selama 10 tahun.
Sejak itu, ramai pihak menggesa agar pendidikan seks diterapkan dalam kurikulum sekolah walaupun ia mendapat tentangan daripada Menteri Pelajarannya, Muhammad Nuh.
"Saya mungkin dianggap ketinggalan zaman, namun saya tidak melihat sebarang kepentingan untuk mengajar pendidikan seks di sekolah.
"Saya yakin manusia akan mengetahui tentang seks secara semula jadi," katanya.
Beliau bagaimanapun, mencadangkan agar pihak berkuasa melakukan pemeriksaan terhadap telefon bimbit para pelajar yang mungkin mengandungi rakaman video seks.
"Ia ternyata melanggar budaya dan kepercayaan agama warga tempatan.
"Sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan rakam video seks perlu dikenakan hukuman yang amat berat," jelasnya.
Dua klip video seks selama enam dan lapan minit itu menunjukkan aksi seks dipercayai penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali sebagai Ariel bersama teman wanitanya yang juga seorang model dan pelakon, Luna Maya dan bekas teman wanitanya yang juga merupakan seorang model serta hos rancangan televisyen, Cut Tari.
Bagaimanapun, Ariel dan Luna menafikan mereka adalah orang yang dilihat beraksi dalam video berkenaan dan polis telah menyoal siasat mereka tentang skandal itu. - AP

No comments:

Post a Comment