Monday, January 31, 2011

Luna Maya dan Cut Tari dinamakan sebagai suspek dalam kes video seks panas bersama Ariel

ARKIB : 29/06/2010 Utusan Online

Polis didesak namakan Luna Maya, Cut Tari jadi suspek

JAKARTA 28 Jun - Berpuluh-puluh anggota Barisan Pembela Islam (FPI) mengadakan satu tunjuk perasaan di hadapan Ibu Pejabat Polis Indonesia di Jakarta hari ini, mendesak supaya Luna Maya dan Cut Tari dinamakan sebagai suspek dalam kes video seks yang didakwa turut melibatkan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel.
Setiausaha FPI Jakarta, Habib Novel berkata, tunjuk perasaan itu diadakan kerana pihaknya yakin individu di dalam video-video seks berkenaan ialah tiga selebriti tersebut.
"Individu di dalam video itu memang mereka. Mengapa Ariel sahaja yang dinamakan sebagai suspek? Kami menyeru Luna Maya dan Cut Tari turut ditahan dan dinamakan sebagai suspek," katanya di hadapan ibu pejabat polis tersebut.
Habib berkata, penahanan dua selebriti wanita itu perlu dilakukan untuk kepentingan siasatan kes supaya mereka tidak melarikan diri atau menghapuskan barang-barang bukti.
FPI dalam pada itu turut menggesa polis agar tidak memberi penangguhan terhadap penahanan Ariel dalam kes berkenaan.
Kumpulan tersebut yang menyokong tindakan polis menahan Ariel agar penyanyi itu boleh dikenakan hukuman turut mendesak polis menahan dan menghukum semua pihak yang terlibat dalam penyebaran video seks itu.
Katanya, FPI juga menyokong penuh tindakan polis untuk membanteras pornografi sehingga ke akar umbi.

"Kami juga menyeru masyarakat supaya menjauhkan diri daripada terlibat dengan kes seumpama ini," katanya.
Dalam tunjuk perasaan hari ini, anggota FPI mengibarkan bendera mereka, membawa sepanduk serta poster yang tertera gesaan agar polis segera menyelesaikan kes terbabit. - Agensi

No comments:

Post a Comment