Wednesday, February 2, 2011

Scandal Video Seks Ariel - Ariel dipenjara 3 tahun setengah

Ariel dipenjara 3 tahun setengah

BANDUNG 31 Jan. - Mahkamah Bandung menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah ke atas bintang pop Ariel Peterpan ekoran penglibatannya dalam skandal penyebaran video lucah bersama dua selebriti wanita terkenal Indonesia.
Selain hukuman penjara, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham turut dikenakan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Hakim Singgih Budi Prakoso semasa membaca keputusan itu berkata, penyanyi tersebut didapati bersalah merakam video lucah terbabit dengan dua selebriti wanita dan tidak berbuat apa-apa bagi menghalang penyebaran video berkenaan.


"Sebagai seorang selebriti, defendan perlu sedar peminat mungkin meniru kelakuannya itu," kata Prakoso dengan menambah Ariel juga tidak menunjukkan rasa kesal atas perbuatannya.
Keputusan mahkamah itu disambut tangisan para peminatnya yang mengatakan penyanyi tersebut tidak bersalah merakam video lucah itu di rumahnya sendiri tanpa niat mahu menyebarkannya.
Kumpulan radikal Islam bagaimanapun, menyifatkan hukuman itu terlalu ringan berbanding tempoh penjara maksimum 12 tahun dan denda sehingga AS$600,000 (RM1.83 juta) yang diperuntukkan Akta AntiPornografi.
Penyanyi berusia 29 tahun itu muncul sebagai selebriti pertama yang disabit kesalahan melanggar undang-undang antipornografi yang dikuatkuasakan Indonesia pada 2008 melalui penerbitan video-video lucah bersama kekasihnya Luna Maya dan penyampai televisyen Cut Tari.
Ariel berkata, pita rakaman tersebut dicuri dari rumahnya dan disiarkan di Internet tanpa kebenarannya.
Terdahulu, lebih 500 penunjuk perasaan membanjiri mahkamah hari ini dengan sebahagian daripadanya melempar telur busuk dan tomato ke arah kenderaan polis yang membawa Ariel ke mahkamah.
Sejurus keputusan dibacakan, seorang lelaki dengan pembesar suara melaungkan 'terlalu ringan' merujuk kepada hukuman penjara penyanyi itu, sementara penunjuk perasaan yang lain meluru mendahului polis ke pintu pagar mahkamah. - Agensi

No comments:

Post a Comment