Wednesday, February 2, 2011

Luna Maya kembali berlakon sinetron

JAKARTA 1 Feb. - Sehari selepas kekasihnya, Ariel dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun setengah dan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM85,000), Luna Maya pula harus kembali bekerja.

Biarpun masih bersedih dengan keputusan yang di luar jangkaan itu, namun, Luna mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakannya.

Menurut pengurus peribadinya, Fita, Luna sudah kembali bekerja dan kini berada di lokasi penggambaran di sekitar Jakarta.


"Buat masa sekarang dia (Luna) terikat dengan jadual penggambaran sinetron Nada Cinta di sekitar Jakarta," kata Fita kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Fita lagi, artis yang di bawah pengurusannya itu tidak pula merancang untuk bercuti hanya kerana kecewa dengan keputusan mahkamah semalam.

Fita mengakui, dia belum berpeluang bertemu secara peribadi dengan Luna dan membincangkan isu peribadi artisnya itu.



Luna merupakan kekasih Ariel yang didakwa dalam penerbitan video porno yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Pada perbicaraan sebelum ini, Luna menafikan dia merupakan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel seperti yang disebarkan secara meluas di alam maya.

Semalam, Mahkamah Negeri Bandung menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah dan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM85,000) berasaskan hujah Ariel memberi kesempatan kepada penyebar untuk membuat serta menyediakan video pornografi.

Selain Luna, Ariel yang berusia 29 tahun itu juga didakwa mengadakan rakaman seks dengan seorang lagi artis terkenal, Cut Tari.

Cut yang sudah berkahwin mengakui kepada mahkamah dia pernah mengadakan hubungan seks sebanyak tiga kali dengan Ariel. - Utusan

No comments:

Post a Comment